Eh, Eh, nie aku nie ?

My photo
Malaysia
teringin ber-blog-ing. tetapi, terkadang malas. terkadang rajin. hanya manusia biasa.

Thursday 2 May 2013

Daebakkk !

Assalamualaikum...


Waaaa.. lama gila tak tulis tak usha tak sentuh blog nie ! dah nak setahun ! maigaddd..
yelaa.. lepas SPM, aku dapat tawaran buat asasi kat PALAM. tudiaaa.. PALAM is Puncak Alam :) smart kan? hehe.

Sekarang pun, asasi aku dah habis. huwarghhh.. seriuslyyyy! banyak sangat kenangan kat palam. manis, manis, manis, dan pahit. sebab apa manis banyak? sebab best laa! hahaha. kat situ laa kita baru mula belajar nak hidup berdikari, hidup sendiri, kenal pelbagai kawan, hadapi pelbagai masalah, rasa pengalaman itu, ini. kalau nak tulis, memang panjang sampai tak sudah laa cerita die. mmmm.. 

Nak cerita sikit pasal asasi. sebab dah lama tak menulis laa katekan. huahuahua. Asasi, yuppp.. memang budak2 dia pandai2 tahap gaban sampai aku rasa sangat kecil kat sana macam orang kecil padahal saiz badan besar. alhamdulilah mungkin rezeki aku dapat sane :) alhamdulilah jugak dapat kawan2 yg DAEBAKK! baik, sekepala, takde hal punya lah. Ohsem gilaaa. haha. K. cuma tulah, pandai2 pilih kawan kat sana.. macam2 kita boleh jumpa...

Dari segi kehidupan, memang ada life laa kat sane even palam jauh sikit laa dari bandar2 besar dan tak banyak mall pun gituu. tapi itulah yang bagus. pandai2 nak hidup lah senang cerita. Environment belajar gitu diatas bukit yang sangat nyaman ala ala genting :) mall yang 80% budak2 palam akan selalu ada pada waktu cuti ialah, Setia City Mall. Urgh..rindunyaaa mall tu T.T

Dari segi pembelajaran, tak salah kalau aku kate Asasi itu susah juga bagi student biasa2 cam aku. hehe. bagi yang genius2 macam aku cakap tu, mybe dorg rasa cam kacang rebus yg sedap dimakan ketika panas kott. Aku rasa, senang if kita focus apa yang kita buat, belajar. Susah kalau sebaliknya. Faham? bagi aku yang asasi sains, subjek semua asas waktu kita form 5 (if amek pure sc laaa). Bio, Chemis, Physic, Math. tapi.. lagi mendalam laa belajar nyaa oii. haha.

Palam femes dengan ''tangga kejayaan''nya ! haaa.. tinggi gilee jahhh. tulah yang setiap student perlu hadap setiap hari IF taknak naik bus or takde transport lain. tapi takpe.. pahala berlipat ganda untuk setiap langkah kita ke class taw :)selain menjadi 'transport' untuk diri sendiri, ia juga menjadi alternative lain untuk menguruskan diri. haha. tapi sayang, aku tak pernah kurus di palam. hmm. faktor lain barangkali.

Dari segi tempat tinggal, iaitu rumah. 5 stars aku kasi! Sangat selesa. Contoh, aku duduk kat R3 (blok). tingkat 5, rumah no.7. hehe. satu rumah, 4 bilik, dengan satu bilik air dan ruang tamu yang agak luas utk solat berjemaah bersama. hehe. satu bilik 2 orang dan luas serta selesa. serius. bilik air pun selesa. aku suka sangat rumah dipalam. haha :)

So, itulah serba sedikit tentang palam dan asasi aku. Terbaikkk ! bagi aku, UiTM Puncak Alam, best :) terpulang pendapat memasing. apa yang aku belajar, hidup sendiri kena pandai jaga diri elok2, pandai kawal perbelanjaan, kena pandai pilih kawan, dan pandai2 lah selesaikan masalah sendiri tanpa susahkan orang lain. kat sini, memang kawan menjadi segala galanya susah senang :)
yang aku tahu sekarang, aku rindu sangat kengkawan kat sane.
 SANGAT :'(

No comments:

Post a Comment